Print

Majlis Pelancaran Sekretariat Pencegahan Rasuah Institut Pendidikan MARA(SPR IPMa) Peringkat IKM Bintulu

Tajuk                         : Majlis Pelancaran Sekretariat Pencegahan Rasuah Institut Pendidikan MARA (SPR IPMa) Peringkat IKM Bintulu

Tarikh                        : 9 April 2014 (Rabu)

Masa                          : 2.00pm – 4.30pm

Tempat                     : Dewan Teater IKM Bintulu

Nama Penganjur      :SPRM IPMa, SPRM Sarawak & IKM Bintulu

Ringkasan Aktiviti

Pada 9 April 2014 yang lalu, Majlis Pelancaran Sekretariat Pencegahan Rasuah Institut Pendidikan MARA (SPR IPMa) peringkat IKM Bintulu telahpun dirasmikan oleh Tuan Abdul Latif Bin Osman, Ketua Unit Integriti MARA.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Encik Jutim Anak Nyagam, Ketua Cawangan SPRM Bintulu, Tuan Haji Azman bin Ali@Alik, pengarah IKM Bintulu, warga staff MARA IKM Bintulu dan semua pelajar.

Penubuhan Jawatankuasa Pusat SPR IPMa di IKM Bintulu ini adalah gesaan pelaksaan pelaksanaan SPR bagi semua Institut Pendidikan MARA (IPMa) bermula bulan Januari 2014 melalui surat edaran unit integrity bil. 1/2013 bertarikh 18 Novermber 2013.

Penubuhan jawatankuasa SPRM IPMa ini adalah dengan kerjasama SPRM merupakan program akar umbi bagi menjayakan agenda integriti kerajaan di semua Insitusi Pendidikan MARA (IPMa).

SPRM IPMa IKM Bintulu dipengerusikan oleh En. Nicholas Anak Rekan dan dibantu Tuan Mohd Solahudin bin Tuan Mat serta sebelas ahli SPRM dikalangan pelajar.

Seramai sebelas orang pelajar mendapat watikah perlantikan SPR IPMa IKM Bintulu pada majlis tersebut. 

Disediakan oleh:
Nicholas Anak Rekan
Pensyarah, IKM Bintulu, Sarawak