PROGRAM PERINGKAT DIPLOMA
-
DIPLOMA TEKNOLOGI KEJURUTERAAN PETROLEUM (OPERASI LOJI) (DOL)
-
DIPLOMA TEKNOLOGI KEJURUTERAAN PETROLEUM (INSTRUMENTASI DAN KAWALAN LOJI) (DIK)
-
DIPLOMA TEKNOLOGI KEJURUTERAAN PEMASANGAN ELEKTRIK (DEL)
TEMPOH PENGAJIAN:
Pengajian selama 6 semester:
- Pengajian di IKM Bintulu
- Latihan Industri
PERMOHONAN KEMASUKAN
Permohonan secara online, sila layari laman web http://apponline.mara.gov.my/upimonline/
atau
berurusan terus ke kaunter pengambilan pelajar di IKM Bintulu
Borang Permohonan Kemasukan Ke IKM Bintulu (Sila Klik disini)
SYARAT KEMASUKAN:
- Warganegara Malaysia & Bumiputera
- Umur 17 - 40 tahun
- Sihat tubuh badan
- TIDAK RABUN WARNA (Program Eletrik Sahaja)
LEPASAN SPM
Lulus SPM / SPMV atau setara
- Lulus Bahasa Melayu
- Lulus Sejarah (Tahun 2013 dan seterusnya)
- Lulus Bahasa Inggeris
Tiga (3) Kepujian dalam mata pelajaran berikut :
- Matematik
- Mana-mana satu (1) mata pelajaran mengikut Kumpulan Sains / Vokasional & Teknologi / Mata Pelajaran Vokasional (MPV) / Mata Pelajaran Aliran Vokasional (MPAV)
- Mana-mana satu (1) mata pelajaran lain
LEPASAN STPM
Lulus STPM dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.0) dalam 1 mata pelajaran berikut :
- Matematik
- Bahasa Inggeris
- Mana-mana satu (1) mata pelajaran berkaitan Kumpulan Sains / Vokasional & Teknologi / Mata Pelajaran Vokasional (MPV) / Mata Pelajaran Aliran Vokasional (MPAV)
LEPASAN STAM
Lulus STAM pangkat maqbul; serta lulus diperingkat SPM subjek berikut :
- Matematik
- Bahasa Inggeris
- Mana-mana satu (1) mata pelajaran berkaitan Kumpulan Sains / Vokasional & Teknologi / Mata Pelajaran Vokasional (MPV) / Mata Pelajaran Aliran Vokasioal (MPAV)
GRADUAN IKM / ILKA / KOLEJ KOMUNITI / POLITEKNIK
- Lulus Sijil Kejuruteraan / Teknologi Kejuruteraan / Profession / Teknologi dalam bidang berkaitan dengan = CGPA > 2.50
ATAU
- Lulus Sijil Kejuruteraan / Teknologi Kejuruteraan / Profession / Teknologi dalam bidang berkaitan dengan = 2.0 < CGPA < 2.50 DAN sekurang-kurangnya 6 bulan pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan.
PEMEGANG SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA (SKM)
- Lulus sekurang-kurangnya SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan yang diikhtiraf atau setara
- Lulus SPM.
KEMUDAHAN PEMBELAJARAN
- Elaun bulanan disediakan oleh MARA
- Program peringkat Diploma (RM300.00)
- Yuran pengajian dibiayai oleh MARA
- Penginapan asrama disediakan (dilengkapi Wi-Fi)
- Kemudahan sukan, pusat sumber, pembelajaran disediakan untuk pelajar
- Peluang meneruskan pengajian di dalam dan di luar negara dibawah pembiayaan MARA