
Program pembelajaran komprehensif dalam bidang Operasi Loji (Minyak dan Gas) untuk tempoh 3 tahun dengan pendedahan kepada pengetahuan prinsip-prinsip teknologi kejuruteraan serta memberi penekanan terhadap praktikal sejajar dengan keperluan industri minyak dan gas yang memerlukan pekerja mahir dan separa mahir dalam bidang kritikal seperti operator loji (plant operator).
Program ini menawarkan pembelajaran secara teori dan amali untuk mengendalikan operasi unit dan proses di dalam loji supaya berfungsi dengan baik dan selamat.
Pelajar akan dilengkapkan dengan pengetahuan dan kemahiran untuk mengesan dan menyelesaikan masalah-masalah yang timbul semasa mengendalikan operasi loji. Pelajar turut didedahkan dengan parameter operasi, Prosedur Operasi Standard (SOP) dan startup/shutdown menggunakan proses simulasi dan loji sebenar.
Kursus ini menawarkan kurikulum yang bersepadu serta latihan praktikal dari tenaga pengajar yang berpengalaman dan efektif dengan pengaplikasian proses pembelajaran berasaskan teori dan praktikal di dalam suasana sebenar industri minyak dan gas.
Peluang Melanjutkan Pelajaran
Melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah sarjana muda di institusi pendidikan awam dan swasta dalam serta luar negara seperti Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal(Kepujian) di Universiti Tenaga Nasional(UNITEN)
UniKL: Bachelor of Chemical Engineering Technology (Hons.) in Bioprocess
UniKL: Bachelor of Chemical Engineering Technology (Hons.) in Environment
UniKL: Bachelor of Chemical Engineering Technology (Hons.) in Process
UTHM: Bachelor of Chemical Engineering Technology (Biotechnology)
Prospek Kerjaya
Operator Loji (Juruteknik operasi loji), Juruteknik proses, Panelman loji, Juruteknik dalam sektor awam dan swasta, usahawan.
Kandungan Silibus
Antara subjek utama yang ditawarkan
• Piping And Instrumentation Diagram
• Health, Safety And Environment
• Petroleum Science
• Static Equipment Operation
• Thermodynamics
• Process Measurement And Control
• Rotating Equipment Operation
• Plant Utilities
• Unit Operation
• Upstream Plant Operation
• Downstream Plant Operation
• Environmental Engineering
• Terminal Operation
PROGRAMME LEARNING OUTCOME (PLO) & PROGRAMME EDUCATIONAL OBJECTIVES (PEO)