
IKM Bintulu menawarkan bidang yang memerlukan kepakaran dalam industri minyak dan gas seperti Pemasangan Elektrik. Program ini dijalankan secara usahasama antara MARA dan Electrical Inspectorate Unit (EIU).
Pelajar yang tamat dengan jayanya akan dianugerahkan Sijil Teknologi Kejuruteraan Pemasangan Elektrik MARA, Perakuan Kekompetenan sebagai Wireman G2 dan G1 (Pendawai satu fasa dan tiga fasa) dan SKM Tahap 2. Tempoh Pengajian untuk program ini ialah 3 Semester belajar di IKM dan satu semester latihan industri.
Program ini menawarkan pembelajaran & latihan yang berasaskan teori dan amali dalam bidang pemasangan elektrik. Pengetahuan dan latihan yang dipelajari meliputi Sains kejuruteraan, Keusahawanan, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam / Pendidikan Moral, Kemahiran Komputer, Pengajian Malaysia, Matematik, Pengurusan Kualiti dan Latihan Industri. Memahami dan berupaya menghasilkan Lukisan secara manual dan menggunakan computer sofware AutoCAD. Membuat kerja-kerja amali seperti pendawaian elektrik serta pepasangan elektrik satu fasa dan tiga fasa. Pengenalan kepada litar-litar elektrik asas, penggunaan teori untuk menganalisa litar-litar elektrik dan konsep ubahtika. Memberi kefahaman mengenai penjanaan, penghantaran dan pengagihan tenaga elektrik, konsep pengubah dan penggunaan komersial motor elektrik.
Pelajar juaga berpengetahuan dalam akta dan peraturan bekalan elektrik. Memahami peraturan keselamatan dan mengamalkannya mengikut kewajipan. Membaikpulih kerosakan alat-alat kelengkapan elektrik seperti mesin basuh,penghawa dingin, peti ais, dapur elektrik, kipas angin dan sebagainya. Memahami dan berupaya melakukan kerja-kerja elektrik yang melibatkan papan suis utama. Memahami dan berupaya melakukan kerja-kerja penyelenggaraan Pemutus Litar Udara (ACB). Berpengetahuan dalam pemasangan sistem Photovoltaik (PV Solar) bagi pepasangan domestik & Industri. Memahami dan berupaya melakukan teknik synchronizing dua janakuasa dan melakukan penyelenggaraan enjin diesel. Memahami dan berupaya melakukan penyelanggaraan alatubah (transformer)
Pelajar juga berupaya menerangkan dengan lengkap berkaitan cara-cara melakar dan mendawai motor satu fasa dan tiga fasa dengan pelbagai jenis penghidup motor elektrik. Selain itu, pelajar diajar untuk melakar dan melakukan pendawaian motor moden menggunakan PLC. Pelajar juga di sediakan dengan kursus OGSP dan CIDB semasa di IKM Bintulu.
Prospek Kerjaya
Juruteknik dalam industri minyak dan gas, juruteknik dalam sektor awam dan swasta, usahawan
Peluang Melanjutkan Pelajaran
Melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma di institusi pendidikan awam dan swasta seperti:
- Diploma Teknologi Kejuruteraan Elektrik (Operasi Loji) (KKTM Kemaman)
- Diploma Teknologi Kejuruteraan Elektrik (KKTM Pasir Mas)
- Diploma Teknologi Kejuruteraan Pemasangan Elektrik (IKM Bintulu)
Kandungan Silibus
Semester 1: Petroleum Facilities Technology, Basic Fabrication, Technical Drawing and CAD, Workshop Practice, Electrical and ELectronics, Health, Safety and Environment, Technical Mathematics 1, English and Communications 1, Konsep Asas Islam, Asas Etika dan Nilai, Co-Curriculum 1
Semester 2: Electrical Motor Installation, Electrical Power Generation, Single Phase Wiring Installation, Applied Science, Technical Mathematics 2, Entrepreneurship 1, English and Communications 2, Tasawwur Islam, Teori Etika dan Konflik Moral, Co-Curriculum 2
Semester 3: Power Electronic and Electrical Drive Installation, Three Phase Wiring Installation,Entrepreneurship 2, Act and Regulations For Electrical Practice, Final Project, Quality Management, Peradaban Islam, Masalah dan Isu Moral, Pengajian Malaysia
Semester 4: Latihan Industri