
Program ini menawarkan latihan kemahiran dan teori bagi bidang teknologi kejuruteraan minyak dan gas yang merangkumi pengetahuan berkaitan penyelengaraan dan pengawalan instrumen instrumen yang diguna pakai di industri minyak dan gas, kimia, elektrik dan elektronik serta pembuatan.
Program ini menawarkan pembelajaran yang komprehensif secara teori dan amali dalam bidang teknologi instrumentasi dan kawalan khususnya dalam loji berkaitan minyak dan gas. Pelajar akan didedahkan dengan kaedah troubleshooting, tuning, calibration dan penyelenggaraan terhadap sistem instrumentasi dan kawalan di dalam loji. Bagi memberi lebih penghayatan dan kefahaman, pelajar-pelajar turut didedahkan terhadap proses-proses utama dalam industri minyak dan gas.
Graduan juga akan didedahkan kemahiran berkaitan dengan kawalan proses, kalibrasi, dan sistem kawalan teknologi DCS serta PLC yang biasa digunakan dalam industri. Graduan turut didedahkan dengan perisian CAD seperti AutoCAD dan Plant 3D untuk menghasilkan Piping & Instrumentation Diagram (P&ID), Hook Up dan Flow Diagram di mana kesemuanya merupakan pengetahuan asas dalam bidang ini.
Selain itu juga, unsur-unsur kemahiran dalam kepimpinan, insaniah dan juga keusahawanan diterapkan ke dalam diri graduan bagi membentuk jati diri yang utuh, bersahsiah tinggi dan juga berdaya saing.
Ini membolehkan graduan yang cemerlang dan berkualiti dapat dihasilkan dan secara tidak langsung membolehkan mereka mudah mendapat tempat dalam pekerjaan atau menjadi usahawan tekno, pembantu jurutera instrumentasi dan kawalan/juruteknik khususnya dalam industri minyak dan gas serta juruteknik dalam sektor awam dan swasta.
Prospek Kerjaya
Pembantu jurutera/pereka struktur luar pesisir dalam industri minyak dan gas, juruteknik dalam sJuruteknik Instrumentasi dan Kawalan, Juruteknik Penyelenggaraan Instrument, Juruteknik dalam sektor awam dan swasta, Usahawanektor awam dan swasta, usahawan
Peluang Melanjutkan Pelajaran
Melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah sarjana muda di institusi pendidikan awam dan swasta dalam serta luar negara seperti Sarjana Muda Kejuruteraan Petroleum di Universiti Teknologi Petronas(UTP)
Kandungan Silibus
Tahun 1: Piping and Instrumentation Diagram, Workshop Practice, Health, Safety and Environment, Electrical and Electronics, Engineering Science, Engineering Mathematics 1, English For Communications 1, Perspektif Islam, Teori Etika dan Amalan Moral, Co-Curriculum 1. Process Control, Process Measurement 1, Pneumatic And Hydraulic, Petroleum Science, Engineering Mathematics 2, English For Communications 2, Pengajian Malaysia, Co-Curriculum 2
Tahun 2: Programmable Logic Control, Process Measurement 2, Metrology-Measurement And Calibration, Final Control Element, Engineering Mathematics 3, Islam Kontemporari, Masalah dan Isu Moral. Process Simulation, Fire and Gas & Emergency Shutdown System, Distributed Control System, Project Proposal, Project Management, Start-Up Enterprise
Tahun 3: Administrative & Supervisory Functions, Maintenance Technology, Plant Operation Technology, Final Year Project, Digital Enterprise, Industrial Training