Institut Kemahiran MARA (IKM) Bintulu menyediakan kemudahan bagi mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk keselesaan semua. Antara kemudahan yang disediakan ialah:
-
Kolej kediaman - menyediakan penempatan bagi pelajar lelaki dan perempuan.
-
Surau - kemudahan surau yang berdekatan dengan blok akademik. (Masjid Jepak 3 km daripada IKM Bintulu).
- Perpustakaan - menyediakan perkhidmatan pinjaman buku, kemudahan internet dan bahan bacaan.
- WiFi (Seluruh kampus termasuk asrama) - menyediakan prasarana jaringan jalur lebar yang disediakan bagi memudahkan pelajar mencari maklumat pembelajaran.
-
Koperasi - menjual barang-barang keperluan terutamanya alat tulis, kemudahan fotostat dan percetakan.
- Kafeteria (4 buah Kiosk) - menyediakan perkhidmatan menjual makanan dan minuman kepada pelajar - pelajar.
- Kemudahan sukan - 1 padang bola sepak, 2 gelanggang tennis, 2 gelanggang takraw, 1 padang street soccer, 1 gelanggang bola tampar, 1 gelanggang bola keranjang, 1 gelanggang bola jaring, 3 gelanggang badminton, memanah, petanque dan lain - lain
- Kemudahan gymnasium
- Pengangkutan - 1 buah bas, 1 van & 1 pickup di IKM Bintulu disediakan untuk kemudahan semua.