Manakala, projek inovasi bertajuk Pyrolysis: From Plastic Waste To Petroleum Product terdiri daripada seorang pensyarah; Safwan Hafizi Bin Masakhoh bersama empat orang pelajar iaitu Aaron Anak Anjat, Jacksion Anak Simon, Manggie Anak Meluda dan Sylvestian Saba Sipadinma. Projek Pirolisis adalah proses memecahkan rantai polimer ke dalam sebatian yang lebuh mudah melalui proses pemanasan atau pembakaran tanpa kehadiran oksigen. Sisa plastic diuraikan dan ditukar menjadi bahan bakar melalui proses Pirolisis. Plastik yang terbakar akan menghasilkan stim dalam tangka dan wap bergerak melalui saliran paip, kemudian ianya disejukkan untuk menjadi cecair. Cecair tersebut akan disimpan di dalam tangki simpanan dan boleh digunakan sebagai bahan bakar. Selain itu, menerusi kajian ini antara jenis plastik yang dapat dihasilkan adalah plastik Polipropilena (PP), Polietelena (PE) dan Polietelena Terefathalat (PET).
Menurut En. Zaeime Bin Sulong@Zakaria selaku pengurus pasukan IKM Bintulu ke IPITEX, Bangkok, Thailand berkata bahawa beliau dan pasukan mendapat pengalaman yang amat berharga dan akan dilaksanakan di Bintulu kelakKejayaan yang telah dilakar oleh mereka merupakan pencapaian terbaik dan bersejarah buat IKM Bintulu. Hal ini juga mampu menjadi penyuntik semangat kepada warga kerja dan para pelajar yang lain untuk terlibat sama dalam membangunkan teknologi dan mencipta inovasi baharu pada masa akan datang.
Kejayaan ini bukan sahaja membanggakan pihak IKM Bintulu malah telah mengharumkan organisasi Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) dipersada dunia. Hal ini membuktikan organisasi kita mampu bersaing dengan negara luar yang maju dalam bidang teknologi malah telah membuktikan bahawa pelajar IKM Bintulu berkeupayaan dalam menjana idea seterusnya mencipta inovasi yang bertaraf antarabangsa.
Pihak IKM Bintulu dan seluruh rakyat Malaysia mengucapkan jutaan tahniah kepada para pemenang. Kami merasa bangga dan kagum diatas usaha serta titik peluh para peserta dalam mencapai kejayaan yang berprestij ini. Diharapkan kejayaan ini mampu memberi impak kepada masyarakat Malaysia tentang kepentingan penglibatan dalam pembangunan projek inovasi serta kebaikannya.
Adjustable Welders Arm Support (AWAS)
https://www.youtube.com/watch?v=MTvHCqtYdU4
Pyrolysis from Plastic Waste to Petroleum Product