“Barisan MPP sesi 2020, menyaksikan gabungan muka lama dan baharu bagi menunaikan amanah kepimpinan berimpak melalui yang dipilih oleh warga mahasiswa. Gabungan ini semestinya menjadi kelebihan dan kekuatan yang membolehkan pendekatan dan dasar MPP terus dapat disetarakan dengan 9 Business Strategies IKM Bintulu,” katanya.
“Saya mengharapkan kepimpinan MPP kali ini berupaya untuk menzahirkan kepimpinan berimpak tinggi melalui kualiti kerja dihasilkan, perbincangan secara profesional, berpandangan jauh, berfikiran matang dan kerjasama yang baik di antara warga mahasiswa dan warga kerja membuktikan kewibawaan kepimpinan MPP”.
Sementara itu, saudara Jeremy Telajan Jana yang berasal dari Setiam, Bintulu berkata, pengalaman menjadi salah seorang jentera pilihan raya MPP sesi 2019 dan sukarelawan Minggu Jalinan Mesra (MJM) sesi Jan-Jun 2020 telah mendorong beliau untuk bertanding sebagai salah seorang calon bagi sesi ini. Dengan manifesto untuk menambahbaik fasiliti asrama, mempelbagaikan bekalan makanan basah di koperasi dan pembangunan projek inovasi troli untuk para pelajar mengangkat barang.
Justeru, saudara Jeremy turut menyatakan bahawa “kepimpinan MPP kali ini akan mengangkat dan memperkasakan kerjasama diantara pelajar dan warga kerja IKM Bintulu dalam mewujudkan sebuah institusi pendidikan yang berasaskan kemahiran ke peringkat global dan berketrampilan”. Selaras dengan motto MPP iaitu "Mahasiswa Beserakup, Pemangkin Kecemerlangan Institut".
Dalam majlis yang sama, Ts. Dr. Hj. Mohd Nawawi Bin Omar turut merakamkan penghargaan kepada Ahli Jawatankuasa Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) IKM Bintulu sesi 2020/2021 yang diketuai oleh En. Michael Anak Jangi, Pensyarah daripada Program Teknologi Kejuruteraan Operasi Loji (DOL) yang telah memberikan sumbangan, tindakan proaktif dan kerjasama di kalangan ahli yang amat baik dalam pelaksanaan aturcara dan persiapan tempat Majlis Watikah Pelantikan MPP sesi 2020 yang amat menarik dan di luar jangkaan.
Hadir sama, Timbalan Pengarah Khidmat Pengurusan dan Hal Ehwal Pelajar (KPHP), En. Wan Alwi Bin Wan Bujang, Timbalan Pengarah Hal Ehwal Akademik (HEA), Ts. Azman Bin Long, serta Ketua-ketua Program bagi setiap program, kaunselor, barisan pensyarah (selaku mentor kepada barisan perwakilan pelajar yang dilantik) dan seluruh kakitangan IKM Bintulu.
Disediakan oleh Muhammad Fahkrull Azam Bin Zahfri dan Francis Tedung Anak Nyuak, Exco Penerangan Dan Penerbitan, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) IKM Bintulu, Sarawak.