
Super User
Aram Berambeh Edisi 6 2021 : Layari http://online.anyflip.com
22 December 2021, 12:17 pmAram Berambeh Edisi 5 2020 : Layari http://online.anyflip.com
20 November 2020, 3:26 pmMajlis Perwakilan Pelajar IKM Bintulu Terima Watikah Pelantikan Secara Rasmi
31 January 2020, 2:54 pmBintulu, 22 Januari - Majlis Penyerahan Watikah dan Ikrar Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Institut Kemahiran MARA (IKM) Bintulu, Sarawak sesi 2020 yang berlangsung di Dewan Perdana Sri Kenyalang, IKM Bintulu menyaksikan seramai 22 orang Ahli Majlis Perwakilan Pelajar dan 6 orang Wakil Pelajar daripada setiap program berikrar menjalankan tanggungjawab untuk mewakili lebih 500 orang pelajar sepenuh masa dan pelajar latihan industri.
Acara Penyerahan Watikah dan Ikrar MPP diketuai Presiden Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2020 iaitu pelajar Semester 3 program Diploma Teknologi Kejuruteraan Instrumentasi dan Kawalan Loji (DIK), saudara Jeremy Telajan Jana diikuti perwakilan lain dihadapan Pengarah IKM Bintulu. Di samping itu, majlis turut disertai dengan bacaan Ikrar Pelajar yang diketuai oleh saudara Alison Awun Anak Ben daripada progam Diploma Teknologi Kejuruteraan Instrumentasi Dan Kawalan Loji (DIK) Semester 5.
Justeru, antara perkara ditekankan oleh Ts. Dr. Hj. Mohd Nawawi Bin Omar, Pengarah IKM Bintulu dalam ucapan beliau adalah salah satu daripada 11 Business Strategies IKM Bintulu bagi tahun 2020 iaitu Strategy 5: Enrichment Program Student Values (R.I.S.E) Elements termasuk Character Formation, Personality & Disciplines, Life Styles and Values & Ethic.
IKM BINTULU menang (2) pingat perak di BANGKOK IPITEX 2020, THAILAND
7 February 2020, 10:32 amBANGKOK, 6 Februari – IKM Bintulu telah beroleh kejayaan buat julung kalinya dalam pertandingan inovasi peringkat antarabangsa dengan membawa pulang dua (2) Pingat Perak menerusi pertandingan Inovasi Ekspo Teknologi, Reka Cipta dan Harta Intelek (IPITEX) di Bangkok, Thailand dengan tajuk projek inovasi Adjustable Welders Arm Support (AWAS) dan Pyrolysis: From Plastic Waste To Petroleum Product.
Kejayaan ini telah dilakarkan menerusi projek inovasi bertajuk Adjustable Welders Arm Support (AWAS) terdiri daripada tiga pensyarah; Mohd Luqman Harun, Husin Mahmad dan Roslan Saleh serta empat pelajar Fatin Nisraina Aiyuni Sapian, Mohd Nazrul Zuqira Mohd Fauzee dan Marcos Iten Anak Meluda. Projek ini merupakan produk teknologi bantuan yang membantu pengimpal untuk membuat lengan mereka tetap berada di kedudukan yang sama. Selain itu, kedudukan dan sudut lengan dapat diselaraskan mengikut keselesaan pengguna. Oleh itu, alat sokongan lengan laras automatik ini dapat membantu dalam melakukan semua jenis aktiviti kimpalan. Kelebihan alat ini adalah untuk kebaikan otot, sendi dan fungsi sistem motor pengguna.