Kejohanan Sukan Staf IKM / KKTM Se-Malaysia Ke- 8
Tajuk : Kejohanan Sukan Staf IKM / KKTM Se-Malaysia Ke- 8
Tarikh : 22 – 26 March 2014
Tempoh : 5 hari
Tempat : Institut Kemahiran MARA Jasin
PENGENALAN
Kejohanan Sukan Staf IKM / KKTM Se-Malaysia Ke- 8 2014 adalah temasya sukan terbesar yang disertai seluruh warga kerja teknikal MARA Se-Malaysia yang melibatkan warga IKM, KKTM dan BKT. Ia dilaksanakan sebagai satu usaha untuk memupuk sillaturahim, potensi diri dan membudayakan sukan dikalangan warga kerja MARA.
MATLAMAT
- Membolehkan kakitangan MARA menghargai cara hidup sihat dan membina ketrampilan diri yang positif.
- Program jangka panjang bagi melahirkan bakat – bakat baru.
- Persediaan kakitangan IKM Bintulu untuk menghadapi SUMASA 2014.
OBJEKTIF
- Mewujudkan semangat kesukanan dan mengeratkan tali silaturrahim antara kakitangan MARA.
- Melahirkan kakitangan MARA yang sihat dan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.
- Sebagai landasan untuk melahirkan atlit dari kalangan kakitangan untuk persediaan sukan IKM/KKTM, sukan MARA Sarawak dan sukan MARA Se-Malaysia.
PENYERTAAN
Seramai 28 Kakitangan IKM Bintulu termasuk Pengarah dan TPHEA menyertai Kejohanan SUKAT 2014.
PENCAPAIAN
Kontigen IKM Bintulu menduduki tempat ke 23 daripada 24 pasukan yang bertanding serta
memungut mata sebanyak 48.
Bola Sepak - Layak ke Pusingan Kedua
Futsal - Layak ke Pusingan Kedua
Bola Tampar - Layak ke Suku Akhir
Badminton
· Beregu Wanita layak ke Suku Akhir
· Beregu Campuran dan Perseorangan Lelaki layak ke Pusingan Kedua
· Beregu Lelaki Tewas Pusingan Pertama
· Beregu Lelaki Veteran Tewas Tanpa Bertanding
Ping Pong
· Beregu Veteran Tewas Peringkat Kumpulan
· Beregu Terbuka Tewas Pusingan Pertama
· Beregu Wanita Tewas Tanpa Bertanding
· Perseorangan Lelaki Tewas Pusingan Pertama
Sepak Takraw - Tewas Tanpa Bertanding
Dart - Layak ke Pusingan Kedua
Petanque
· Perseorangan Lelaki Layak ke Suku Akhir
· Beregu Lelaki Layak ke Pusingan Kedua
· Perseorangan Wanita Layak ke Pusingan Kedua
Bowling - Tempat ketiga kategori Pengarah
Tarik Tali - Tewas Peringkat Pertama
Karom - Tewas Peringkat Pertama
Catur - Tewas Peringkat Pertama
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
· Spesifikasi gelanggang yang ada perlu disediakan mengikut spesifikasi yang piawai.
· Semangat kekitaan dan jati diri semua atlet perlu diperkukuhkan.
· Mengadakan pertandingan terbuka dan dalaman.
· Mengadakan latihan berterusan dan dikendalikan oleh jurulatih yang terlatih.
· Mengadakan sesi pemilihan dengan menganjurkan beberapa kejohanan dalaman.
PENUTUP
Diharapkan kejohanan sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang kerana pengalaman dan pengajaran yang diterima dapat memajukan sukan yang diceburi. Kejohanan seperti ini juga telah mencapat matlamat utama iaitu merapatkan hubungan silaturrahim dan semangat antara kakitangan MARA. Selain itu, komitmen daripada pihak tuan rumah Institut Kemahiran MARA Jasin serta penyumbang tenaga yang terlibat sama ada secara langsung mahupun tidak langsung adalah amat dihargai
Disediakan Oleh:En Mohd Zuhaili B Zulfinaini(Penyelaras Sukan Dan Rekreasi IKM Bintulu)2014, IKM Bintulu, Sarawak