Galeri Berita Semasa

Print

Johan Sekretariat Pencegahan Rasuah

Tajuk Aktiviti: Johan Sekretariat Pencegahan Rasuah

Tempat: Kktm Lenggong

Tarikh: 21 – 24 November 2015

Tarikh laporan : 09 December 2015

Pengenalan

Segala ucapan terima kasih kepada pensyarah-pensyarah yang telah memberi kerjasama dan bimbingan, pelajar-pelajar yang memberi sokongan dan melibatkan diri dalam aktiviti yang telah dijalankan juga kepada ahli-ahli sekretariat yang banyak memainkan peranan. Tanpa sokongan ahli yang terlibat, SPR IKM Bintulu tidak mungkin akan mendapat tempat yang membanggakan dan menaikkan nama SPR IKM Bintulu, Sarawak bagi mendapat gelaran sebagai johan peringkat IMPa di seluruh Malaysia.

Aktiviti – Aktiviti Yang Dilakukan :

Matlamat                        : BELIA PENCETUS TRANSFORMASI RASUAH DIHINDARI

Aktiviti yang diikuti       : SUKAN 1 SPR

                                      : PEMBENTANGAN KERTAS KERJA 1 – 6

Fasilitator Yang Terlibat :

1. En. Timelow Ak Jauk

2. En. Tuan Mohd Solahudin Bin Tuan Mat

3. Pihak SPRM     

Analisis Maklum Balas Peserta 

Peserta telah memberi kerjasama ketika aktiviti yang dijalankan dan mengambil serius terhadap apa yang penceramah menyampaikan   

Maklum Balas Daripada Pihak Luar

 Maklum balas yang diterima oleh pihak luar terhadap aktiviti ini adalah sangat memuaskan kerana terdapat banyak motif yang telah disampaikan dan juga kebaikan kebaikan yang dapat jika pihak belia memerangi rasuah secara bersungguh-sungguh.

Cadanagan Penambahbaikan 

Memantapkan lagi program dengan menambahkan lagi permainan dan aktiviti yang berkaitan agar ramai peserta turut menyertai program yang dianjurkan. 

Penutup 

Dengan adanya pelbagai program yang dianjurkan oleh SPRM, pelajar, dapat memupuk semangat kerjasama di kalangan para pelajar dan juga dapat mengeratkan hubungan silaturahim dengan  tenaga pengajar yang turut serta dalam program tersebut.

                 

Disediakan Oleh:                                                                                

MOHAMMAD AMIN TAUFIQ BIN AKIL                                                  

Pengerusi SPR IKM Bintulu 2015