Galeri Berita Semasa

Print

Lawatan Kerja Ybhg. Prof. Emeritus Dato’ Dr. Abu Azam Bin Md Yassin, Ahli Majlis MARA

IKM BINTULU, SARAWAK 23 November 2016 – YBhg. Prof. Emeritus Dato’ Dr. Abu Azam bin Md Yassin, Ahli Majlis MARA telah mengadakan lawatan  kerja buat pertama kalinya ke IKM Bintulu pada 23hb November yang lalu. Kunjungan beliau telah diiringi oleh Pengarah Bahagian Kemahiran & Teknikal MARA, En Mahzan bin Teh. Kehadiran beliau ini adalah bertujuan untuk meninjau sendiri segala pembangunan serta kemudahan pembelajaran yang terdapat di IKM Bintulu ini yang mana diharapkan dapat memberi impak kepada keseluruhan program latihan teknikal yang ditawarkan oleh Institusi Pendidikan MARA secara keseluruhannya.

Kehadiran beliau telah disambut oleh En. Azman bin Ali, Pengarah IKM Bintulu serta staf, pensyarah dan para pelajar IKM Bintulu. Disepanjang lawatan tersebut beliau telah berkesempatan meninjau peralatan - alatan pembelajaran yang digunakan di IKM Bintulu diantaranya adalah Makmal Simulator Plant, Oil Production Plant (OPP), Makmal Distribution Control System (DCS), Makmal Pressure Regulating Training Skid (PRTS), Thermal Power Station dan Makmal Kalibrasi Instrumentasi. Selain daripada itu beliau juga telah dibawa untuk bersama melawat dua projek kerjasama IKM Bintulu dengan pihak industri iaitu Program Latihan Perancah bersama Syarikat SR Scaffold Sdn Bhd dan Program Emergency Response Team bersama Syarikat Bintulu Emergency & Safety Training Sdn Bhd.

Melalui lawatan kerja rasmi beliau ini ianya telah banyak memberi input kepada pihak pentadbiran IKM Bintulu bagi penambahbaikan laluan kerjaya para pelajar di masa hadapan. Beliau juga telah memberi panduan kepada pihak pentadbiran IKM Bintulu ini agar lebih menumpukan kepada kemahiran teknikal generik untuk kesesuaian semua industri dan tidak hanya tertumpu kepada industry minyak dan gas sahaja yang mana kini situasinya agak lebih mencabar.

Sempena dengan lawatan ini juga juga, YBhg Prof telah berkesempatan hadir dan seterusnya merasmikan program IKM Bintulu Oil & Gas Technical Conference (IBOGTEC) 2016. Program IBOGTEC ini adalah merupakan satu lagi inisiatif IKM Bintulu ini dalam usaha untuk mendekatkan IKM Bintulu ini dengan pihak industri melalui satu platform yang boleh digunakan oleh mereka dalam berkongsi maklumat terkini industri kepada para pelajar dan pensyarah. Ucaputama IBOGTEC pada kali ini telah disempurnakan oleh En. M Helmi Ngah, Executive (Planning Engineering) dan En. M Azim b M Taib, (Executive Mechanical Engineering) dari Petronas Floating LNG yang telah berkongsi tentang teknologi FLNGSATU yang mana merupakan floating liquified natural gas plant yang pertama didunia. Selain daripada itu IBOGTEC pada kali ini juga telah diisi dengan pembentangan projek master oleh 6 orang pensyarah IKM Bintulu ini yang telah pun menamatkan pengajian masing-masing dalam Program Sarjana Kejuruteraan (Tenaga) dari Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).

 disediakan oleh: Webmaster, Unit ICT IKM Bintulu