Galeri Berita Semasa

Print

Promosi IKM Bintulu di Mesyuarat Staf Pejabat Pendidikan Daerah Bintulu

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH BINTULU, SARAWAK 17 Januari 2017 – IKM Bintulu telah diberikan peluang untuk membuat taklimat khas bagi memperkenalkan IKM Bintulu semasa Mesyuarat Staf Pejabat Pendidikan Daerah Bintulu.  Tujuan taklimat ini diadakan untuk memperkenalkan IKM Bintulu kepada sekolah-sekolah sekitar Bintulu di samping menjalinkan hubungan yang erat antara pihak sekolah dengan IKM Bintulu.

Rombongan IKM Bintulu terdiri daripada 4 orang pegawai yang diketuai oleh Tuan Pengarah, Dr. Mohd Nawawi bin Omar. Taklimat berlangsung selama 1 jam dan dibentangkan oleh Tuan Pengarah sendiri. Dikesempatan ini juga, pihak Jawatankuasa Promosi dan Perhubungan Industri IKM Bintulu turut mengedarkan risalah dan poster kepada pihak sekolah untuk dijadikan rujukan.

Alhamdulilah, pihak sekolah beserta Pejabat Pendidikan Daerah memberikan respon yang positif diatas taklimat yang diberikan dan berharap kerjasama yang lebih erat boleh dilaksanakan seperti mengadakan sesi promosi / motivasi kepada pelajar-pelajar di sekolah sekitar Bintulu supaya mereka lebih berminat untuk melanjutkan pelajaran di IKM Bintulu. 

 disediakan oleh: Pn. Jeliha Bujang, Unit Promosi IKM Bintulu