Galeri Berita Semasa

Print

Industrial Expert Sharing on Plant Shutdown

IKM BINTULU, SARAWAK 25 Januari 2017 - Industrial Expert Sharing on Plant Shutdown, Dewan Theatherete, IKM Bintulu. Sebagai sebuah institusi latihan minyak dan gas yang utama di Sarawak, IKM Bintulu memainkan peranan yang penting dalam melahirkan tenaga kerja mahir untuk memenuhi permintaan tinggi dalam industri minyak dan gas.

Program Operasi Loji bertujuan untuk melatih pelajar untuk menjadi operator loji atau panelman yang cekap. Ini merupakan satu platform dinamik untuk pelajar mendapatkan pengalaman secara hands-on dengan peralatan latihan yang canggih dan terkini.

Salah satu kursus yang ditawarkan pada semester 3 adalah CPL30044 - Process Plant and Equipment Shutdown di mana pelajar akan dapat menjelaskan dan melaksanakan prosedur shutdown sesuatu loji mengikut prosedur yang dinyatakan dalam sistem serta berkomunikasi secara efisien. Ia bukan sahaja memberi tumpuan kepada latihan dalam kelas, malahan sesi perkongsian eksklusif oleh pakar dari industri LNG diadakan sebagai perkongsian pengalaman situasi sebagaimana yang berlaku di industri minyak dan gas.

Objektif

Dua orang pakar industri dari Malaysia LNG Sdn. Bhd. dijemput untuk berkongsi pengalaman bagi mencapai objektif berikut:

1)      Meningkatkan pengetahuan pelajar tentang kursus Process Plant and Equipment Shutdown.

2)      Memberi inspirasi kepada pelajar untuk mengejar impian bekerja di syarikat minyak dan gas yang terbaik.

3)      Menjalinkan hubungan kerjasama dengan pihak industri.

4)      Memenuhi objektif CLO3 iaitu perform plant shutdown operation as per system procedure and communicate effectively. 

Kumpulan sasaran:

Semua pensyarah dalam program Operasi Loji

18 orang pelajar semester 3 program Sijil Teknologi Kejuruteraan Operasi Loji

Program berjalan dengan lancar dengan perkongsian secara teori oleh Encik Muhammad Hafiz Maamor, Head of Shutdown and Start Up dan Encik Dulhadi Mustapha, Shutdown Superintendent dari Malaysia LNG Sdn. Bhd. Pelajar sangat teruja untuk mengetahui proses shutdown dijalankan di loji yang besar seperti MLNG. Antara isu hangat yang dibincangkan adalah:

1) Apakah kesan sekiranya shutdown tertangguh lebih lama daripada perancangan asal?

2) Apakah rintangan paling hebat yang pernah dilalui sepanjang melakukan shutdown?

Setelah selesai sesi perkongsian, Encik Hafiz dan Encik Dulhadi dibawa melawat fasiliti di IKM dan mereka sangat kagum dengan kemudahan peralatan yang terdapat di sini. Program ini sangat bermanfaat kepada pelajar kerana mereka mendapat pengetahuan yang mendalam dalam bidang shutdown. Sesi perkongsian juga sangat relevan dengan kursus yang ditawarkan di mana kandungan yang dikongsi adalah hampir 80% sama dengan sukatan pelajaran teori.

Terima kasih kepada pihak pengurusan IKM Bintulu dalam menyokong program ini dan terima kasih khasnya kepada MLNG Sdn. Bhd. atas kerjasama untuk terlibat dalam program ini. Kami berharap inisiatif ini dapat diteruskan untuk semester akan datang.

disediakan oleh: Bunyami Binti Shafie, Pegawai Latihan Vokasional IKM Bintulu Sarawak