Galeri Berita Semasa

Print

Lawatan Sambil Belajar Ke Mki Engineering Sdn. Bhd

MKI ENGINEERING SDN. BHD, BINTULU, SARAWAK, 09 Mac 2017 - Lawatan sambal belajar ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada pelajar semester dua Diploma Operasi Loji ( 2 DOL) iaitu seramai 16 orang (Pelajar), 2 orang (Pensyarah) dan lawatan bermula jam 08.00 –sehingga 12.30 tengah hari

Pelajar yang terlibat adalah bagi pendedahan kepada Kursus DPL 20033 - Piping, Valves and Fitting mengenai valve inspection, valve maintenance dan valve testing yang dijalankan di industri seiring dengan CLO bagi kursus ini. Disamping itu juga, pelajar didedahkan dengan keadaan sebenar di industry dalam sector pekerjaan.

  

Pelajar juga telah diberi peluang untuk melawat keseluruhan kawasan syarikat termasuk juga tempat penyimpanan valve yang betul seperti yang terdapat didalam silibus bagi kursus ini. Secara keseluruhannya, lawatan ini mencapai LO bagi lawatan walaupun syarikat tersebut baru sahaja habis shutdown, tetapi kami dilayan dan ditunjukkan mengenai valve dengan menggunakan valve yang sedia ada di syarikat ini.

Seterusnya kami diiringi ke Power House. Di sinilah terletaknya Generator dan Turbine yang menjana tenaga elektrik. Pusat kawalan utama juga terletak di dalam Power House ini. Sebelum pulang , kami sempat mengambil gambar kenangan di sini bersama dengan pegawai dari Sarawak Hidro.

disediakan oleh: Pn.Asleeda Binti Ahmad, Pegawai Latihan Vokasional IKM Bintulu Sarawak