Galeri Berita Semasa

Print

Lawatan Audit Pemantauan Amalan Persekitaran Berkualiti (QE) Dan 5S Kali Ke-3

IKM BINTULU, SARAWAK, 6 April 2017 – Institut Kemahiran MARA Bintulu (IKM Bintulu) telahpun menjalani proses pengauditan kali ke-3 bagi Persijilan Amalan Persekitaran Berkualiti (QE) Dan 5S. Proses ini dijalankan adalah lanjutan amalan 5S yang telah dititikberatkan bagi amalan semua staf di IKM Bintulu yang mana persijilan sebelum ini telah tamat tempohnya pada 28 Februari 2017. Proses pengauditan pada kali ini telah dilakukan oleh  wakil Ibupejabat Malaysia Productivity Corporation (MPC) iaitu Puan Marziah Binti Ahmad dari bahagian Quality & Excellence Development MPC.

Proses audit bermula pada pukul 9.00 pagi yang mana mesyuarat pembukaan telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Hal Ehwal Akademik, En. Ahmad Lukman Bin Hitam merangkap Pengerusi Jawatankuasa Persekitaran Berkualiti (QE) Dan 5S IKM Bintulu mewakili Pengarah IKM Bintulu. Majlis seterusnya diteruskan dengan taklimat Pengenalan Jawatankuasa dan pembentangan serta perancangan Jawatankuasa 5S IKM Bintulu yang telah disampaikan oleh En. Mahasan Bin Ahmad selaku Penyelaras Jawatankuasa Persekitaran Berkualiti (QE) Dan 5S IKM Bintulu. Pada masa yang sama, proses audit dijalankan dengan melakukan semakan fail-fail jawatankuasa induk 5S IKM Bintulu yang melibatkan fail induk, fail audit dalaman, fail latihan dan fail promosi.

Setelah selesai mesyuarat pembukaan, pengauditan zon-zon 5S dimulakan dengan lawatan ke zon Inspira (makmal dan bengkel), zon Savvy (bengkel fabrikasi), zon Preve (pejabat pentadbiran), zon Waja (bilik pensyarah, kelas dan makmal computer) dan berakhir di zon Exora (asrama) dan tempat umum. Disamping menjalankan audit, Pn Marziah banyak memberikan nasihat dan tunjuk ajar bagi mempertingkatkan pembudayaan amalan 5S dalam penambahbaikan dalam membentuk persekitaran yang berkualiti, selamat serta kondusif.

Sebaik sahaja lawatan ke zon-zon 5S berakhir, mesyuarat penutup dijalankan bagi merangkumkan keseluruhan pencapaian audit yang dijalankan pada kali ini. Berdasarkan hasil audit yang dijalankan, auditor MPC telah mengesyorkan untuk persijilan kali ke-3 bagi IKM Bintulu. Kerjasama yang baik serta komitmen yang tinggi diantara warga IKM Bintulu dapat dilihat dalam proses mencapai kejayaan persijilan kali ini. Kejayaan persijilan kali ke-3 ini menjadi pemangkin dalam mempertingkatkan pembudayaan amalan 5S dan kaizen bagi menghasilkan persekitaran selamat, berkualiti  serta kondusif di IKM Bintulu.

Akhir kata, pihak Jawatankuasa Persekitaran Berkualiti (QE) Dan 5S IKM Bintulu merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada Auditor MPC (Pn Marziah Binti Ahmad) dan semua warga kerja serta pelajar IKM Bintulu yang memberikan komitmen yang begitu tinggi dalam menjayakan aktiviti amalan 5S di IKM Bintulu. Seterusnya diperakui oleh pihak Malaysia Productivity Corporation (MPC) untuk persijilan semula buat kali ke-3.

TAHNIAH DAN SYABAS !!! 

disediakan oleh : Mahasan Bin Ahmad, Penyelaras Jawatankuasa Persekitaran Berkualiti (QE) Dan 5S IKM Bintulu