Galeri Berita Semasa

Print

IKM Bintulu Dinobatkan Johan Bagi Pertandingan Cabaran Inovasi Inklusif (HIP 6) 2017 Peringkat Zon Sarawak

PEPPER PROCESSOR 1.0 IKM BINTULU DINOBATKAN JOHAN BAGI PERTANDINGAN CABARAN INOVASI INKLUSIF (HIP 6) 2017 PERINGKAT ZON SARAWAK 

Gambar 1: Menyambut kedatangan para peserta di Ruang Legar IKM Bintulu 

KUCHING, 04 Mei 2017: Pertandingan Cabaran Inovasi Inklusif (HIP 6) 2017 bagi Zon Sarawak telah dianjurkan di Pullman Hotel, Kuching. Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) telah dilantik sebagai agensi peneraju dan pelaksana Program Berimpak Tinggi 6 – Inovasi Inklusif (HIP 6) di bawah SME Masterplan semasa Mesyuarat Majlis Pembangunan PKS Kebangsaan Kali Ke-16.

Melalui program ini, YIM telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan Pertandingan Cabaran Inovasi Inklusif. Pertandingan ini telah dianjurkan mengikut zon iaitu termasuk Utara, Selatan, Pantai Timur, Tengah, Sabah dan Sarawak. Projek inovasi yang dipertandingkan adalah bertemakan kepada utiliti, kesihatan, pendidikan dan produktiviti. Sebanyak 77 projek inovasi telah diterima oleh pihak penganjur dan hanya 32 projek telah dipilih dalam senarai pendek.

Bagi zon Sarawak, Jawatankuasa Inovasi dan Rekacipta, Institut Kemahiran MARA (IKM) Bintulu, Sarawak telah mengambil tempat untuk turut terlibat dalam pertandingan ini dengan menghantar empat (4) jumlah projek inovasi iaitu termasuk satu projek bagi Kategori IPTA/S iaitu Pepper Processor 1.0 dan tiga projek bagi kategori Kerajaan/ Swasta iaitu Harvest Vac (Mesin Lada Hitam), Selukai dan HusKing (Mesin Pengupas Kelapa Tua). Namun, daripada 4 kertas kerja projek inovasi yang telah dihantar melalui laman sesawang HIP: http://cabaraninovasi2017.innomap.my, hanya tiga (3) projek sahaja yang telah dipilih dan layak untuk mara ke sesi pembentangan di Pullman Hotel, Kuching.

Gambar 2: Peserta Pepper Processor 1.0 sedang membentangkan dan membuat demonstrasi projek inovasi oleh pelajar Desmond dan Jeremy

Bagi kategori IPTA/S, IKM Bintulu dengan projek inovasi Pepper Processor 1.0 telah dinobatkan sebagai JOHAN dengan membawa pulang wang kemenangan berjumlah RM5,000.00, Sijil berserta Tropi mendahului persaing daripada tempat kedua UNIMAS (Safrond: Prebiotic Drink, Safrond: L-Lactic Acid Skil Peel) dan tempat ketiga Politeknik Kuching (Identification and Production of Anti-Diabetic Agent from Herbal Plants). Antara inventor’s menjadi tulang belakang kerjayaan projek ini adalah En. Darence Senawat Mathius, Pensyarah Jabatan Fabrikasi Perpaipan bersama pelajar daripada program Sijil Teknologi Kejuruteraan Fabrikasi Perpaipan iaitu Desmond Anji Anak Entebong, Jeremy Telajan Jana, Frederic Jana Anak Kebin dan Sam Douglas Anak Maurice. Maklumat lanjut turut disampaikan di laman sesawang: http://www.theborneopost.com/2017/05/05/submitted-products-creative-but-can-be-better/ 

 

Gambar 3Pepper Processor 1.0 dinobatkan Johan bagi Kategori IPTA/S, hadiah disampaikan oleh En. Abdul Razak Ahmad, Pengarah Program dan Dr. Othman, Pengurus Kanan YIM

Kemenangan ini amat bermakna kepada warga IKM Bintulu yang telah terlibat dalam pelaksanaan projek. Sebagaimana ianya sejajar dengan usaha mereka yang telah bertungkus lumus membangunkan, membentangkan, dan menjawab setiap persoalan yang dikemukakan oleh para panel dengan keyakinan diri pelajar yang amat tinggi bagi menyakinkan dan memukau perhatian para hakim.

 

Gambar 3: Pembentangan projek inovasi Harvest Vac (Mesin Penuai Lada) oleh En. Bonny Jinggut 

Gambar 4: Pembentangan projek inovasi Selukai oleh En. Melvin

Bagi kategori Kerajaan/ Swasta, IKM Bintulu telah membuat yang terbaik untuk mewakili organisasi yang disanjungi dan dicintai. Namun, gagal mendapat tempat sebagaimana telah direbut dan disandang oleh persaing daripada Johan dan tempat ketiga dirangkul oleh UiTM (Kampus Samarahan) bagi projek 3-in-1 Cocoirport dan Handy Pepper Harvester dan tempat kedua dimenangi daripada Kolej komuniti Kuching (Blindwriter Keyboard Cover).

Antara inventor’s bagi projek inovasi Harvest Vac (Mesin Penuai Lada) adalah En. Bonny Jinggut Anak Dominic Merican, Pensyarah Jabatan Penyelenggaraan Instrumentasi dan Kawalan Loji dan En. Jngalang Anak Unsa, Penolong Pegawai Teknologi Maklumat. Manakala, projek inovasi Selukai adalah En. Melvin Sean Anak Joseph, Pensyarah Jabatan Fabrikasi Perpaipan dan Pn. Joana Phillipe Anak Polycarp, Pensyarah Jabatan Penyelenggaraan Instrumentasi dan Kawalan Loji. 

Gambar 5: Sesi sambutan warga IKM Bintulu di Dewan Threathrete dan perkongsian daripada pelajar Desmond sebaik balik daripada pertandingan di Kuching. 

Tambahan, tahniah dan terima kasih diucapkan kepada kesemua ahli Jawatankuasa Inovasi & Rekacipta IKM Bintulu di atas bantuan dan sumbangan dari pelbagai aspek kepakaran teknikal, kajian lapangan ke lokasi pengusaha lada hitam, penulisan proposal, penyediaan slide, ilmu pengetahuan dan idea yang bijaksana bagi memastikan rekabentuk menarik dan persediaan projek yang rapi untuk dipertandingkan pada tahap yang maksima.

Akhir, ribuan terima kasih kepada seluruh warga IKM Bintulu atas sokongan, bimbingan dan doa yang telah dipanjatkan kepadaNya sehingga mencapai kerjayaan yang amat bermakna untuk organisasi.

 

Disediakan oleh: MICHAEL ANAK JANGI, Penyelaras, Jawatankuasa Inovasi & Rekacipta, IKM Bintulu Sarawak