Galeri Berita Semasa

Print

Program Sambutan Merdeka Raya Peringkat IKM Bintulu

Tajuk Aktiviti : Program Sambutan Merdeka Raya Peringkat IKM Bintulu

Tarikh             : 29 Ogos 2014

Lokasi            : Dewan Serbaguna IKM Bintulu

Penganjur      : Badan Permuafakatan Staff (BERKAS)

1.         Pengenalan     

           Pada tarikh 15 Ogos 2014 (Jumaat) bersamaan 19 Syawal 1435H, Badan Permuafakatan Staff, IKM Bintulu telah melaksanakan sambutan merdeka raya peringkat IKM Bintulu dengan menggunakan konsep perkampungan raya. Segala persiapan yang dirancang dapat dilaksanakan dengan sempurna mengikut acuan yang ditetapkan. Justeru itu sambutan pada kali ini dilihat amat berjaya dengan kerjasama yang ditunjukkan oleh segenap lapisan warga kerja IKM Bintulu. Tidak dilupakan juga kepada para pelajar yang turut serta bersama-sama berganding bahu membantu sama sehingga selesai majlis amat dihargai. Oleh yang demikian diharapkan agar kecemerlangan perlaksaaan program ini dapat diteruskan dimasa hadapan.

2.         AKTIVITI 

Program Sambutan ini diadakan bagi memastikan setiap murid memahami, mengenal dan menghayati bagaimana sejarah tanah air mencapai kemerdekaan dengan lebih mendalam, Oleh itu, beberapa program telah disusun. Antaranya persembahan bertemakan kemerdekaan oleh para pelajar. Pelancaran bulan kemerdekaan telah dilakukan pada malam tersebut.

3.         PENCAPAIAN OBJEKTIF 

Pencapaian objektif melalui program yang dilaksanakan ini telah mencapai sasaran yang telah ditetapkan. Namun yang pasti, program ini tidak akan berjaya tanpa sokongan dan galakan yang diberikan oleh pihak kakitangan IKM Bintulu serta para pelajar.

4.         PENUTUP

Walaupun pada dasarnya Sambutan Program Merdeka Raya ini hanya dilaksanakan sekali dalam setahun, pendedahan maklumat yang berterusan dari para pensyarah amat penting bagi memastikan para pelajar dapat menghayati dan memahami apa itu makna kemerdekaan. Justeru itu kerjasama dan sokongan daripada para kakitangan IKM Bintulu amat diharapkan dalam usaha melahirkan insan yang mempunyai semangat cintakan Negara dan bangsa. Aktiviti-aktiviti yang dicadangkan juga perlu dilaksanakan dengan sebaik mungkin agar para pelajar mendapat pengetahuan yang berguna.

TAHNIAH BUAT SEMUA AHLI JAWATANKUASA YANG BERTUNGKUS LUMUS MENJAYAKAN PROGRAM MERDEKA RAYA INI.

Disediakan oleh:

Siti Shuhada binti Abdul Rahman
Pengerusi
Program Merdeka Raya IKM Bintulu, Sesi 2014
IKM Bintulu, Sarawak