Galeri Berita Semasa

Print

Explorace Integriti

Tajuk Aktiviti: Explorace Integriti

Tarikh: 9 Mei 2015

Tempat: Taman Tumbina

Peserta: 40 orang pelajar


Pengenalan

Integriti adalah satu elemen yang penting dan sangat ditekankan di dalam MARA. Oleh itu, langkah-langkah awal telah diambil bagi memberikan kefahaman kepada pelajar supaya pelajar keluaran MARA adalah orang yang berintegriti.

Program ini telah dijalankan bagi memberi memberi kefahaman kepada pelajar mengenai integrity melalui aktiviti yang mereka lakukan. Diharapkan dengan kefahaman semasa program ini dapat mereka gunakan apabila bekerja kelak.

Perjalanan Program

Program ini telah diadakah di Taman Tumbina Bintulu dengan kerjasama pihak pengurusan Taman Tumbina. Peserta dibahagikan mengikut kumpulan masing-masing dan perlu berjalan dan melalui lima check point. Disetiap Check point, pelajar perlu menjawab beberapa soalan mengenai integrity. Disamping itu juga, setiap kumpulan dibekalkan sebiji telur dan biskut sebagai amanah yang mereka perlu jaga. Sepenajnag perjalanan, peserta perlu berbakti kepada alam sekitar.

Oleh itu, plastik sampah telah dibekalkan kepada setiap kumpulan dan kumpulan yang paling banyak mengumpul sampah akan dikira sebagai juara. Perasmian penutup dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh En. Timelow Anak Jauk selaku Timbalan Pengarah (KP&HP).

Disediakan Oleh:

TUAN MOHD SOLAHUDIN BIN TUAN MAT,K.B:P.A.

Kaunselor IKM Bintulu.