Print

Program Jelajah Promosi dan CSR IKM Bintulu Bersama Sekolah Angkat – SMK (BM) Saratok

Tajuk Aktiviti: Program Jelajah Promosi dan CSR IKM Bintulu Bersama Sekolah Angkat – SMK (BM) Saratok

Tarikh: 10 April 2015 sehingga 14 April 2015

Lokasi: SMK (BM) Saratok, Saratok, Sarawak.

Penganjur: IKM Bintulu

Latar Belakang    :

1.1          Sebagai menyahut saranan Bahagian Kemahiran dan Teknikal (BKT) MARA yang mana setiap KKTM/IKM perlu mengenalpasti sekurang-kurangnya dua (2) buah sekolah angkat di kawasan masing-masing.

1.2          IKM Bintulu telah memilih Sekolah Menengah Kebangsaan (Bahasa Melayu) Saratok dalam daerah Saratok sebagai sekolah angkat pada tahun 2015. Sebagai satu cara untuk mendekatkan hubungan silaturrahim di antara IKM Bintulu dan sekolah angkatnya, SMK (BM) Saratok, maka dicadangkan Program  ”Jelajah Promosi & CSR” bersama di sekolah berkenaan.

Objektif:

Di antara objektif program ini adalah :-

1.             Mengeratkan hubungan silaturrahim di antara warga kerja IKM Bintulu dengan guru-guru dan pelajar-pelajar di SMK (BM) Saratok, selaku sekolah angkat IKM Bintulu.

2.             Menyampaikan maklumat berkaitan peluang-peluang menyambung pelajaran di IKM Bintulu khasnya dan institusi pendidikan MARA (IPMa) amnya.

3.             Mengenalpasti pelajar-pelajar yang berpotensi dan berminat di dalam bidang kemahiran untuk diberi peluang menyambung pelajaran di peringkat yang lebih tinggi, terutamanya di IKM Bintulu.

4.             Memastikan hubungan yang sedia terjalin diperkukuhkan dengan aktiviti-aktiviti yang diadakan secara bersama di antara kedua-dua belah pihak.

Justifikasi:  -Perlaksanaan Program:

10 April 2015

Masa Program Tempat Catatan
2.30 ptg – 5.00 ptg Majlis Perasmian Sekolah Angkat IKM Bintulu – SMK (BM) Saratok SMK (BM) Saratok Majlis dipengerusikan oleh pegawai SMK (BM) Saratok
6.30 ptg Solat Maghrib Tazkirah :- Perkongsian oleh Tuan Haji Azman bin Ali @ Alik Surau SMK (BM) Saratok Pelajar muslim sahaja
6.30 ptg Solat Maghrib Tazkirah :- Perkongsian oleh En Tuan Mohd Solahudin bin Tuan Mat Surau Darul Taqwa, Saratok Penduduk muslim sekitar

11 April 2015

Masa Program Tempat Catatan
8.00 pg – 11.00 pg NAMA BENGKEL: Knowing “Oil & Gas”Kendalian: En Alifh Omar bin Amir Bilik kelas  30 orang pelajar Minum pagi disediakan untuk pelajar yang terlibat oleh SMK (BM) SaratokPelajar Tingkatan 4
8.00 pg – 11.00 pg NAMA BENGKEL: Welding for CareerKendalian: En. Syed Ramzi bin Wan Madehi Dewan  30 orang pelajar Minum pagi disediakan untuk pelajar yang terlibat oleh SMK (BM) SaratokPelajar Tingkatan 3
2.00 ptg – 4.00 ptg Bengkel Sains “Fun with Science” bersama pensyarah IKM Bintulu  Kendalian: En Saparudin bin Wasimin Luar kelas  60 orang pelajar Minum petang disediakan untuk pelajar yang terlibat oleh SMK (BM) Saratok.Pelajar Tingkatan 3 dan 4Pelajar diminta menyediakan botol minuman kosong ≥1.5 liter
8.00 pg – 11.00 pg NAMA BENGKEL: Dari hati ke hatiKendalian: Pn. Nurul Basyirah binti Samat Bilik Kelas  30 orang pelajar Minum pagi disediakan untuk pelajar yang terlibat oleh SMK (BM) SaratokPelajar Tingkatan 1
8.00 pg – 11.00 pg NAMA BENGKEL: Leadership skills Kendalian: En. Tuan Mohd Solahudin bin Tuan Mat Bilik Kelas  30 orang pelajar Minum pagi disediakan untuk pelajar yang terlibat oleh SMK (BM) Saratok Pelajar Tingkatan 2
2.00 ptg – 4.00 ptg Bengkel Bahasa Inggeris “Fun with English” bersama pensyarah IKM Bintulu Kendalian: Pn. Siti Noorrizkiah binti Ahmad Luar kelas  60 orang pelajar Minum petang disediakan untuk pelajar yang terlibat oleh SMK (BM) SaratokPelajar Tingkatan 1 dan 2

 Huraian Penilaian:

Aktiviti-aktiviti yang telah dirancang telah berjalan dengan lancar sekali dan menerima sambutan meriah daripada pihak pengurusan SMK (BM) Saratok dan juga para pelajar. Para pengendali bengkel seringkali menyampaikan maklumat berkaitan IKM Bintulu dan IPMa berkaitan kepada para peserta semasa bengkel, secara tidak langsung mempromosikan IPMa kepada para pelajar dan guru-guru.

Pihak pengurusan sekolah berpuas hati dengan bengkel yang diadakan yang jelas membantu serba sedikit peningkatan kendiri dan mencetus minat para pelajar kearah bidang kemahiran, khususnya dalam bidang Minyak dan Gas yang ditawarkan di IKM Bintulu. Pihak sekolah juga berharap dapat mengadakan program yang lain di IKM Bintulu pada masa akan datang

Penutup:

Segulung penghargaan disampaikan kepada pihak pengurusan sekolah, terutamanya kepada Tuan Pengetua Haji Maseli bin Haji Idi dan Unit Bimbingan dan Kaunseling kerana telah bertungkus-lumus untuk persiapan program ini disamping melaksanakan program-program yang lain pada masa yang sama.

Tahniah diucapkan kepada para pegawai IKM Bintulu yang telah menjalankan aktiviti di SMK (BM) Saratok, disamping usaha untuk merapatkan perhubungan antara IKM Bintulu dan SMK (BM) Saratok.

Disediakan oleh:
Mohammad John Kenniel Abdullah
Pegawai Perhubungan Industri
IKM Bintulu, Sarawak