Print

Program Minggu Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan dan Field Study HSE ke Industri

Tajuk Aktiviti : Program Minggu Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan dan Field Study HSE ke Industri     

Tarikh             : 2- 6/02/ 2015 (Sekitar IKM Bintulu) 4/02/ 2015 ( Sime Darby Austral Sdn Bhd & CMS Cement Sdn Bhd)

Lokasi            : Dewan Serbaguna IKM Bintulu

Penganjur      : Ahli Jawatankuasa Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (JKKP) IKM Bintulu

 

Latar belakang

IKM Bintulu merupakan institut kemahiran yang berasaskan industri minyak dan gas. Namun untuk memastikan pentingnya pendedahan berkaitan  keselamatan & kesihatan pekerjaaan dikalangan warga IKM, satu program Minggu Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan dan ‘Field Study HSE’ ke industri telah dianjurkan di peringkat IKM Bintulu.

Bermula pada 2-6/02/2015 program ini berlangsung dan dilaksanakan dengan pelbagai pengisian yang menarik bagi menarik minat dan memberi pendedahan yang berguna kepada warga IKM Bintulu. ‘Field Study’ yang dijalankan juga membuka ruang dan peluang kepada pelajar-pelajar untuk berkomunikasi dengan pihak industri berkaitan aspek-aspek keselamatan & kesihatan pekerjaan

Objektif

  • Menjalankan aktiviti ‘OSH Week’ bagi kelas Health, Safety & Environment (HSE) dan terbuka buat warga IKM Bintulu.
  • Memastikan pelajar menjalankan sebahagian proses PnP.
  • Menjalinkan hubungan kerjasama dengan institusi serta pihak industri tempatan
  • Menjalankan aktiviti ‘Field Study HSE’ bagi kelas Health, Safety & Environment (HSE).
  • Memastikan pelajar menjalankan sebahagian ‘learning outcome” meliputi kursus tersebut.
  • Menjalinkan hubungan kerjasama dengan institusi serta pihak industri tempatan

Justifikasi

IKM Bintulu tidak mempunyai pendedahan sebenar berkaitan amalan keselamatan & kesihatan pekerjaan dari kalangan pemain industri.

Membolehkan proses PnP bagi warga IKM Bintulu

Penglibatan dan penyertaan pihak industri dan pihak berwajip dalam menjayakan dan mengamalkan keselamatan dan kesihatan pekerjaan menjadi tanda aras untuk menjadikan IKM Bintulu sebagai institusi yang lebih selamat.

Perkongsian pengalaman dan percambahan idea dan kepakaran  berkaitan HSE dari kalangan  industri .

Kumpulan Sasaran

Seramai  81 orang pelajar-pelajar yang mengikuti kelas ‘ Health, Safety & Environment ) khususnya serta warga IKM amnya dan 6 tenaga pengajar teknikal IKM Bintulu telah diberi peluang untuk mengikuti pengisian ‘ Field Study HSE’  serta  Minggu Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan dengan jayanya.

Perlaksanaan Program

Minggu Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan ini dilaksanakan selama 2-6/2/2015 (5 hari) waktu dalam waktu pembelajaran dan pengajaran (PnP) berlangsung. Pelancaran program telah disempurnakan oleh En Mohd Azli bin Sobi (Timbalan Hal Ehwal Pelajar) dengan melakukan gimik pelancaran memukul gong simbolik kepada berlangsungnya Minggu Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan.

Bentuk program yang dirangka adalah seperti ‘short safety talk’, ceramah kesedaran keselamatan, pameran daripada bomba, NIOSH, JPAM, BEST , lawatan ke industri dan pertandingan- pertandingan seperti lukisan/penulisan kreatif, hazard report card dan pop quiz berkaitan keselamatan. Penyertaan amat menggalakan daripada pelajar-pelajar untuk mempamerkan bakat masing-masing dalam pertandingan yang dianjurkan . Hadiah utama adalah ‘smard phone’. Sepanjang program berlangsung, iaitu pada 4/2/2015 (Rabu) telah diadakan ‘Field Study HSE’ ke industry yang terpilih iaitu Sime Darby Austral Sdn Bhd dan CMS Cement Sdn Bhd. Pengalaman yang menarik dapat dipelajari  hasil dari lawatan ke industri tersebut.

Dalam lawatan tersebut,  pelajar-pelajar dapat mengikuti lawatan ke kawasan operasi kilang, penerangan berkaitan “safety issues’dan program-program keselamatan yang dianjurkan bagi memberi kesedaran kepada warga kerja di tempat masing-masing. Pengakhiran bagi program ini adalah  majlis penutupan pada hari Jumaaat (6/2/2015), dengan pengisian yang bertajuk ‘video safety in offshore-Incident Piper Alpha Kronology’, penyampaian hadiah kepada pemenang serta pameran –pameran diwakili oleh JPAM, BEST, NIOSH dan Bomba. Majlis penutup berjaya disempurnakan  En Ahmad Lukman bin Hitam (Timbalan Pengarah Hal Ehwal Akademik). 

Huraian Penilaian

Para pelajar yang mengikuti subjek Health, Safety & Environment (HSE) pada semester ini telah diberi peluang dan pendedahan yang menarik berpeluang  melawat ke BEST untuk melakukan aktiviti ‘confined space’ dan juga lawatan ke Industri iaitu Sime Darby Austral Sdn Bhd dan CMS Cement Sdn Bhd bagi melihat sendiri bagaimana amalan keselamatann yang diamalkan dalam proses membuat simen  dan pemprosesan minyak daripada kelapa sawit. Pelajar-pelajar dikehendaki menyiapkan tugasan iaitu membuat laporan berkaitan lawatan yang diadakan

Pencapaian Aktiviti

Program ini telah berjaya dilaksanakan bermula pada minggu pembelajaran ke-6, iaitu pelajar telah menghabiskan PnP kelas teori  sebelum melakukan praktikal HSE.

Penutup

Disini saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program Minggu Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan dan ‘Field Study HSE’  ke industri.

 

Disediakan oleh:
Al Siddiq Ramli
Pensyarah, IKM Bintulu, Sarawak