Print

Soalan Lazim (FAQ)


Soalan 1: Bilakah rayuan saya akan dijawab dan bagaimanakah saya dapat tahu tentang keputusan rayuan saya?

Jawapan 1: Oleh kerana MARA selalunya menerima ribuan surat rayuan, ada kemungkinan rayuan pemohon tidak terjawab oleh MARA. Calon diingatkan supaya merujuk kepada Kad jawapan yang jelas menerangkan bahawa pemohon yang tidak menerima jawapan sehingga akhir April pada tahun tersebut, adalah tidak berjaya. Pemohon juga boleh berhubung dengan pihak kami melalui talian 03-26915111 sambungan 3331 / 3392 / 3394 / 3764 / 3765 / 3766.  


Soalan 2: Jika saya tidak berjaya, bolehkah saya buat rayuan dan adakah rayuan anak saya akan mendapat pertimbangan? 

Jawapan 2: Ya, boleh. Setiap pemohon berhak membuat rayuan jika dia tidak menerima tawaran pada kali pertama. Walau bagaimana pun pemilihan pemohon rayuan masih berasaskan merit pemohon. 


Soalan 3: Bagaimanakah cara saya membuat surat rayuan yang terbaik dan adakah perlu saya mendapatkan surat sokongan daripada pihak tertentu?

Jawapan 3: Surat surat rayuan yang terbaik adalah surat yang rasmi. Sokongan dari pihak tertentu adalah inisiatif masing masing. Walaubagaimana pun, pertimbangan ke atas rayuan masih bergantung kepada merit yang dicapai oleh pemohon. Ini akan dibawa kepada Mesyuarat Jawatankuasa Pengambilan & Penempatan Pelajar peringkat Pengurusan MARA. Sokongan rayuan adalah dialu-alukan dengan mengepilkan sijil sijil yang telah disahkan sebagai bukti penglibatan dalam mana mana aktiviti.


Soalan 4: Berapa kali kah pengambilan pelajar dibuat oleh IKM Bintulu setiap tahun?

Jawapan 4: Proses pengambilan pelajar dibuat 2 kali setahun. Proses pengambilan ini dibuat berterusan daripada Januari hingga Disember setiap tahun. Kemasukan pelajar adalah pada bulan Julai dan Disember