Print

UTUSAN BORNEO (14.11.2018) - ‘IKM Bintulu Fun Plogging 2018’ berlari sambil menjaga kebersihan

 

 

UTAMAKAN KEBERSIHAN: Seramai 329 peserta menyertai acara larian IKM Bintulu Fun Plogging 2018 di Bintulu, baru-baru ini.

SERAMAI 329 peserta menjayakan acara larian ‘IKM Bintulu Fun Plogging 2018’ sejauh 6 kilometer di Institut Kemahiran MARA (IKM) Bintulu yang julung kali diadakan, baru-baru ini.

Program itu membabitkan acara larian yang menekankan kepada usaha penjagaan kebersihan alam sekitar seperti saranan Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) dengan setiap peserta yang menjumpai sampah sarap perlu mengutip sampah sepanjang larian itu.

Perasmian acara disempurnakan oleh Pengarah IKM Bintulu Dr Mohd Nawawi Omar bermula pada jam 7 pagi dan berakhir pada jam 9 pagi. Program itu turut disertai oleh peserta antarabangsa yang antaranya adalah dari China.

Selain itu aktiviti lain yang turut diadakan pada program itu ialah ceramah kesedaran kebersihan mengenai antikutu sampah oleh BDA dan cabutan bertuah.

dipetik daripada:  https://www.utusanborneo.com.my/2018/11/14/ikm-bintulu-fun-plogging-2018-berlari-sambil-menjaga-kebersihan